Membawa Imej Budaya Melayu Terengganu ke persada Antarabangsa Raja Badruddin Hakim Shah

Ku Bad bersama adindanya Ku Ayie diapit ayahnda Raja Bahrin sempena acara malam puisi rakyat di Kuala Terengganu,Sinar Harian, 7 Disember 2006

Beliau bergiat bersama kumpulan Dendang Anak seawal 2002 namun pada ketika itu masih lagi terikat di alam persekolahan, sekitar tahun 2006 beliau kembali bergiat bersama semula sebagai penyanyi latar untuk persembahan Pra-tatap dan Pelancaran Konsert Gergasi Satu Wajah Seribu Aqidah, Saloma Bistro, Kuala Lumpur dan juga pembantu dalam bidang penerbitan serta pengurusan.

Dendang Anak World Music Festival 2008 Press Conference

Setelah pulang daripada Mesir pada tahun 2008 beliau memberi tumpuan yang lebih kepada Kumpulan Dendang Anak terutamanya dalam bidang pengurusan dan terbitan. Diantara persembahan yang beliau terlibat sama adalah:

  • Persembahan sempena penutup Station Lama KTM Kuala Lumpur.
  • Malam Puisi Rakyat Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • Pesta Gendang Nusantara (World Drum Festival) ke-11, Melaka - turut menghimpunkan peserta dari Uzbekistan, China, Indragiri, Siak, Jambi, Aceh, Dumai dan ramai lagi.

Pada ketika Pesta Gendang Nusantara inilah beliau bertemu dengan saudara beliau yang juga merupakan guru tari dan pensyarah di Institut Seni Indonesia Yogyakarta iaitu Drs Raja Alfirafindra yang kebetulan membawa rombongan kumpulan kebudayaan daripada Indonesia ke Melaka bersama-sama menjayakan Pesta Gendang Nusantara ke-11. Beberapa cadangan telah diketengahkan pada ketika itu untuk membawa rombongan ke Indonesia namun masih belum mendapat kata putus dari pihak penganjur disana. Ketika itu juga beliau sedang menyelaras bersama Pengurus Dendang Anak Kuala Terengganu, saudara Izamir untuk memenuhi undangan daripada pihak di Penang. Beberapa minggu setelah itu bersama Dendang Anak maka acara tahunan bertaraf antarabangsa Penang World Music Festival, Pulau Pinang di lansungkan pada 2 May 2008 - turut menghimpunkan peserta dari Ireland, Afrika, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan ramai lagi manakala Dendang Anak satu-satunya kumpulan muzik kebudayaan yang bermula dari Hulu Terengganu terpilih untuk menyampaikan beberapa buah lagu mewakili Malaysia.

Ku Bad dan Pengasas(kedua dari kiri) mewakili Dendang Anak bagi sesi Sidang Akhbar Penang World Music Festival 2008






Diikuti dengan undang-undangan persembahan yang lain setelah itu secara kronologi:

  • Walk With Environment, XL'S Project Green Earth, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
  • Citrawarna Terengganu, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Terengganu Fest, Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
  • Royal & Arts Gala Dinner, One World Hotel, Kuala Lumpur.
  • Festival Gamelan Sedunia Terengganu, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu - turut menampilkan kumpulan muzik dari Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, China dan Bali, Indonesia.

Beberapa bulan sebelum Festival Siak Bermadah dan Festival Bumi Sri Gemilang, beliau menerima panggilan daripada Raja Alfirafindra diatas pengesahan undangan acara yang bakal diadakan pada 23-25 Oktober tahun 2008. Setelah bermesyuarat dan berbincang mengenainya bersama pengurusan maka beberapa usaha telahpun dijalankan untuk mengumpul dana untuk menampung kos perjalanan pergi-balik bagi 25 ahli yang terlibat. Dengan berkat doa dan nusrah bantuan dari pelbagai pihak yang terlibat walaupun dilihat seperti mustahil pada awalnya berjaya memecah sempadan supaya Dendang Anak dapat maju ke peringkat antarabangsa menjayakan:

  • Festival Siak Bermadah ke-6, Siak Seri Indrapura, Provinsi Riau, Indonesia.
  • Festival Bumi Sri Gemilang vii Tembilahan, Indragiri Hilir, Provinsi Riau, Indonesia.
Paduka Ku Bad bersama Dendang Anak di Festival Bumi Sri Gemilang 2008






Beliau sempat mengetengahkan cadangannya untuk mengadakan sesi lawatan Dendang Anak ke sekolah di sekitar Siak, Indonesia dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat disana mengenai muzik Melayu Terengganu yang dibawa oleh Dendang Anak, bersama saudara Angah dengan perkenan Yang Dipertua Dendang Anak serta bantuan Raja Epi maka bermulalah tradisi Dendang Anak tiap kali membuat persembahan di luar Negara pasti akan membuat lawatan ke Sekolah-sekolah yang terpilih.

Tour Dendang Anak ke Sekolah Dasar 1 Siak Sri Inderapura, Riau, Indonesia 2008.






Pada tahun seterusnya iaitu 2009, Kumpulan Dendang Anak mendapat undangan ke program TV Nasi Lemak Kopi O, TV9 dan sekali lagi menerima undangan untuk menjayakan Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia yang juga merupakan salah satu acara tahunan di Indonesia berperingkat Antarabangsa.

Pada tahun seterusnya iaitu 2009, Kumpulan Dendang Anak mendapat undangan ke program TV Nasi Lemak Kopi O, TV9 dan sekali lagi menerima undangan untuk menjayakan Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia yang juga merupakan salah satu acara tahunan di Indonesia berperingkat Antarabangsa.

Pementasan Teater Mestika Hati di Stadium Malawati, Shah Alam

5 Mei 2010 ketika Dendang Anak menerima jemputan untuk membuat persembahan sempena pelancaran Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang bakal disempurnakan majlis tersebut dengan perasmian dan keberangkatan tiba Tuanku Selangor, sebuah pementasan teater arahan Ladin Nuawi, skrip dikarang oleh Tokoh Penulis dan Budaya Siti Zainon Ismail akan menjadi salah satu segment penting dalam acara tersebut. Turut hadir menjayakan acara ini Dr. Ibrahim Ghaffar, Dr. Ghaffar Ibrahim AGI, Adinda Amiro, Dewangga Sakti Keroncong Arif Lukisan, Kompang, Cempuling, Orang Asli Batu 12 Gombak, Gondang 9,Kanak-kanak Bingkas Kebayan,Yayasan Selangor dan ramai lagi.

Ku Bad mewakili Dendang Anak sempena perasmian PADAT di Stadium Malawati,Shah Alam, 5 May 2010.









Walaupun didalam perancangan asal hanya sekadar mengisi ketiadaan penyanyi vokal utama, beliau dicadangkan untuk memegang watak utama iaitu Paduka, cabaran tersebut disahut didalam beberapa hari latihan sahaja.

Dengan pelbagai cabaran dan hampir menarik diri kerana berita kemangkatan ninda beliau pada 3 Mei 2010 beliau terpaksa pulang ke Kuala Terengganu seketika bagi menghadiri upacara pemakaman di Masjid Abidin, kemudiannya hadir bersama seluruh peserta yang telah bertungkus lumus menjayakan Teater Muzikal ini.

Keratan Akhbar Acara PADAT 2010








Bekerjasama dengan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

Atas perkenan dan titah Tengku Puan Pahang pada ketika itu, beliau bersama Datuk Ahmad Farid(Pengarah Muzium Negeri Pahang) berkerjasama untuk membuat persembahan kolaborasi dengan gamelan Pahang sempena Hari Muzium Negara pada 24 May 2011.

Sesi Latihan di Muzium Pekan Pahang, 2011.




Penampilan didalam 7 Petala Cinta

Selain daripada menyumbang lagu, beliau pernah membuat penampilan bersama kumpulan Dendang Anak pada babak permulaan cerita drama keagamaan Malaysia yang bertajuk 7 Petala Cinta yang diterbitkan pada 15 Mac 2012.

Poster 7 Petala Cinta







Malam Melayu Sejati Dendang Anak

Merupakan kegiatan malam minggu Dendang Anak bersama masyarakat bertempat di setiap cawangan Dendang Anak. Yang telah bermula dari tahun 2017.

Ku Bad bersama Dendang Anak di Jenagor sempena Malam Melayu Sejati 2019




Keratan Akhbar mengenai kegiatan Dendang Anak di Jenagor pada 2019








Rujukan

WikiPedia: Raja Badruddin Hakim Shah https://www.instagram.com/kubad_/ https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2... https://www.sinarharian.com.my/article/69473/berit... https://www.trdi.my/tujuh-perdana-menteri-hiasi-di... https://en.wikipedia.org/wiki/Car_boot_sale https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/02/... https://gempak.com/rojakdaily/news/local-artists-c... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/... https://kitareporters.com/gaya/zPdyPk5RbQ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354873/...